Apabila seorang lelaki muslim telah berkahwin, ia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samada nafkah zahir mahupun nafkah batin serta asas pendidikan Islam. Namun diberatkan kepada si suami kerana hanya mengikut kadar keperluan dan kemampuannya. Bila dikurniakan anak-anak maka tanggungjawabnya akan semakin berat kerana telah menjadi ayah dan harus menyara keperluan nafkah dan pendidikan anak-anak.
Walaubagaimana, setelah seorang lelaki itu berkeluarga (berkahwin), tanggungjawab terhadap ibubapanya tidak boleh diabaikan. Seperti yang terkandung dalam H.R Bukhari :-
Seorang lelaki telah datang bertanya kepada Rasulullah saw, “Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”. Lalu baginda menjawab, “Ibu kamu”. Lelaki itu bertanya lagi, “Selepas itu?”. Dan baginda menjawab, “Ibu kamu”. Dia bertanya lagi, “Selepas itu?”. Baginda menjawab, “Ibu kamu”. Kemudian lelaki itu bertanya lagi kali ke-4, “Selepas itu?”. Lalu baginda menjawab, “Ayah kamu”
Seorang lelaki telah datang kepada Saidina Umar Al-Khattab r.a dan berkata, “Saya telah mendukung ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu?”. Jawab Umar r.a, “Kamu belum dapat membalas jasa ibumu, walau setitik pun air matanya semasa melahirkanmu”
Lihatlah betapa tingginya nilai ibu dalam Islam. Seorang ibu, tidak ada apa cara pun untuk kita membalasnya. Hadis-hadis diatas menjelaskan selepas Allah dan Rasul-NYA, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi juga segala keperluan hidup, keselamatan, kesihatan dan hak-hak mereka perlu dipenuhi, sekadar kemampuan si anak.
Menurut Al-Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintahnya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah kedua mereka. Berdasarkan ini, jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya berbuat sesuatu, maka harus dikerjakan atau ditunaikan, selagi perintah itu bukan maksiat dan melanggar syarak.
Di dalam sebuah hadis dijelaskan, dari H.R Ibnu Majah :-
Abdullah bin Amr meriwayatkan :
Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari Akhirat. Tetapi aku datang ke sini dengan meninggalkan ibu bapa ku dalam keadaan menangis”. Lalu baginda bersabda, “Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa, seperti mana kamu jadikan mereka menangis”.
Ini menjelaskan, perintah ibu bapa yang tidak bersifat maksiat atau melanggar syarak atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah merela itu bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.
sumber: http://muchoflove.wordpress.com
No comments:
Post a Comment