5
Khasiat Air Kelapa Muda Bagi Ibu Hamil
Di kalangan masyarakat,
ada tradisi turun-temurun yang menyarankan ibu hamil agar memperbanyak minum
air kelapa muda, terutama dari kelapa hijau . Konon katanya bila rajin minum
air kelapa muda-terutama di trimester ketiga kehamilan -maka air ketuban akan
bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan
bening matanya.
Apakah betul demikian?
Setakat ini belum ada
kajian yang secara ilmiah membuktikan kebenaran cadangan ini. Namun, air kelapa
muda memang mengandungi pelbagai zat yang bermanfaat bagi ibu hamil. Zat-zat
itulah yang barangkali secara tidak langsung membuat bayi menjadi lebih sihat
sebagaimana disebutkan dalam saran tradisional itu.
1. Elektrolit Alami
Air kelapa muda kaya
dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium ,
potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya
mineral dan mempunyai elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda
sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.
Ibu hamil memerlukan lebih
banyak air berbanding orang lain. Dehidrasi selama kehamilan boleh menyebabkan
pelbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kram , edema
dan bahkan kontraksi yang boleh menyebabkanpersalinan prematur.
2. Diuretik Alami
Sebagai diuretik natural
yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan
saluran kencing. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan
mencegah jangkitan saluran kencing- yang juga
cukup umum terjadi pada wanita hamil.
3. Anti Penyakit
Air kelapa muda
mengandungi asam lauric, asid yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang
terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan
mempunyai ciri-ciri antijamur, antibakteria dan antivirus sehingga menjaga
kesihatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia
lamblia serta bakteria klamidia dan heliokobater.
4. Membantu Pencernaan
Air kelapa juga dipercayai
memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta menghasilkan hormon
progesteron yang melambatkan kontraksi otot perut sehingga pencernaan pun
melambat. Air kelapa boleh membantu meningkatkan kelajuan pencernaan.
5. Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak
mengandungi lemak dan kolesterol, bahkan menurut penyelidikan dapat
meningkatkan kolesterol baik (HDL)
di dalam tubuh.
Apabila anda tidak boleh
mendapatkan air kelapa yang segar, kini telah tersedia air kelapa segera yang
terjual di pasaraya. Juga terdapat produk2 kesihatan berunsurkan kelapa,contoh
nya seperti kelapa dara.Minyak kelapa dara yang melalui proses penapisan tanpa
haba juga dipercayai mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan jika diamalkan.
sumber : http://jelitawifdiyana.blogspot.com
No comments:
Post a Comment