Translate

Friday, 18 January 2013

GENAPLAH 10 bulan usia perkahwinan ...semoga rumahtangga ini berkekalan dan dirahmati Allah..tak lama lagi ada penyeri hidup ktorang...


DUGAAN

hari ni..oleh kerna staff sorg on leave kebetulan byk lah pulak kerja semua nak cepat. Dah sarat2 gini terdetik dihati..." dui...leh terberanak aku mcm ni" ...eheheh..yang peliknya ni ada yang tak faham betapa bznya aku..masih nak meragam minta kena layan. Byklah mo ubah itu ini...mcm ja aku senang sgt, kalo aku senang @ xde kerja lehlah aku layan....Bab tension hari ni baby mmg xsuka...mulalah dia mgeras n tendang ummi dia...Cian anak ummi....




Baru ja mcm nak sembuh dari batuk dah mula selesma lah pula...Semoga ku sihat sebelum melahirkan si manja ummi..


Wednesday, 16 January 2013

5 KHASIAT AIR KELAPA MUDA BAGI IBU MENGANDUNG

5 Khasiat Air Kelapa Muda Bagi Ibu Hamil

Di kalangan masyarakat, ada tradisi turun-temurun yang menyarankan ibu hamil agar memperbanyak minum air kelapa muda, terutama dari kelapa hijau . Konon katanya bila rajin minum air kelapa muda-terutama di trimester ketiga kehamilan -maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan bening matanya.

Apakah betul demikian?

Setakat ini belum ada kajian yang secara ilmiah membuktikan kebenaran cadangan ini. Namun, air kelapa muda memang mengandungi pelbagai zat yang bermanfaat bagi ibu hamil. Zat-zat itulah yang barangkali secara tidak langsung membuat bayi menjadi lebih sihat sebagaimana disebutkan dalam saran tradisional itu.

1. Elektrolit Alami

Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium , potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan mempunyai elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.

Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain. Dehidrasi selama kehamilan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kram , edema dan bahkan kontraksi yang boleh menyebabkanpersalinan prematur.

2. Diuretik Alami

Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kencing. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah jangkitan saluran kencing- yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.

3. Anti Penyakit

Air kelapa muda mengandungi asam lauric, asid yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan mempunyai ciri-ciri antijamur, antibakteria dan antivirus sehingga menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteria klamidia dan heliokobater.

4. Membantu Pencernaan

Air kelapa juga dipercayai memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta menghasilkan hormon progesteron yang melambatkan kontraksi otot perut sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa boleh membantu meningkatkan kelajuan pencernaan.

5. Meningkatkan HDL

Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol, bahkan menurut penyelidikan dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.

Apabila anda tidak boleh mendapatkan air kelapa yang segar, kini telah tersedia air kelapa segera yang terjual di pasaraya. Juga terdapat produk2 kesihatan berunsurkan kelapa,contoh nya seperti kelapa dara.Minyak kelapa dara yang melalui proses penapisan tanpa haba juga dipercayai mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan jika diamalkan.

sumber : http://jelitawifdiyana.blogspot.com

Tuesday, 15 January 2013

Tanggungjawab anak lelaki kepada ibubapa selepas berkahwin



Apabila seorang lelaki muslim telah berkahwin, ia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samada nafkah zahir mahupun nafkah batin serta asas pendidikan Islam. Namun diberatkan kepada si suami kerana hanya mengikut kadar keperluan dan kemampuannya. Bila dikurniakan anak-anak maka tanggungjawabnya akan semakin berat kerana telah menjadi ayah dan harus menyara keperluan nafkah dan pendidikan anak-anak.
Walaubagaimana, setelah seorang lelaki itu berkeluarga (berkahwin), tanggungjawab terhadap ibubapanya tidak boleh diabaikan. Seperti yang terkandung dalam H.R Bukhari :-
Seorang lelaki telah datang bertanya kepada Rasulullah saw, “Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”. Lalu baginda menjawab, “Ibu kamu”. Lelaki itu bertanya lagi, “Selepas itu?”. Dan baginda menjawab, “Ibu kamu”. Dia bertanya lagi, “Selepas itu?”. Baginda menjawab, “Ibu kamu”. Kemudian lelaki itu bertanya lagi kali ke-4, “Selepas itu?”. Lalu baginda menjawab, “Ayah kamu”
Seorang lelaki telah datang kepada Saidina Umar Al-Khattab r.a dan berkata, “Saya telah mendukung ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu?”. Jawab Umar r.a, “Kamu belum dapat membalas jasa ibumu, walau setitik pun air matanya semasa melahirkanmu”
Lihatlah betapa tingginya nilai ibu dalam Islam. Seorang ibu, tidak ada apa cara pun untuk kita membalasnya. Hadis-hadis diatas menjelaskan selepas Allah dan Rasul-NYA, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi juga segala keperluan hidup, keselamatan, kesihatan dan hak-hak mereka perlu dipenuhi, sekadar kemampuan si anak.
Menurut Al-Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintahnya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah kedua mereka. Berdasarkan ini, jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya berbuat sesuatu, maka harus dikerjakan atau ditunaikan, selagi perintah itu bukan maksiat dan melanggar syarak.
Di dalam sebuah hadis dijelaskan, dari H.R Ibnu Majah :-
Abdullah bin Amr meriwayatkan :
Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah, lalu berkata, “Wahai Rasulullah, aku datang untuk berjihad bersama baginda kerana aku ingin mencari redha Allah dan hari Akhirat. Tetapi aku datang ke sini dengan meninggalkan ibu bapa ku dalam keadaan menangis”. Lalu baginda bersabda, “Pulanglah kepada mereka. Jadikanlah mereka tertawa, seperti mana kamu jadikan mereka menangis”.
Ini menjelaskan, perintah ibu bapa yang tidak bersifat maksiat atau melanggar syarak atau mempersekutukan Allah, maka kita wajib mentaatinya. Namun jika perintah merela itu bersifat melawan kehendak dan hukum agama, maka tolaklah dengan cara yang baik.

sumber: http://muchoflove.wordpress.com

Syurga Dibawah Telapak Kaki Ibu, Kebahagiaan Anak Adalah Kebahagiaan Yang Hakiki Bagi Seorang Ibu, Sungguh..Kasih Sayang Ibu Sepanjang Masa!!


Monday, 7 January 2013

33 Hari Lagi

Hari ni genaplah 36 minggu bersamaan 9 bulan dalam pengiraan doktor. Alhamdulillah...alhamdulillah...

Temujanji Doktor n Nurse dah beres..hehehe....anak ummi lelaki kata doktor Selina....tak lama lagi dah menempuh saat2 nak melahirkan. Semua ok termasuk baby dlm kandungan ni cuma berat badan sy ni cepat sgt naik..mgkin faktor utama sy makan byk kot, tapi faktor ke 2 kaki dah mula bengkak sgt tak mcm selalu. Bdan  pun dah kembang...jari jemari ni dah tak leh pkai cincin kahwin dah....xmuat dah. Huhuh....itulah berat badan sy tue....

Oleh kerana berat badan naik mendadak....sy kena rujuk semula ngan doktor, so keputusanya kenalah seminggu 2 kali check tekanan darah. Nurse takut ada darah tinggi...nauzubillah..

Temujanji sy:

10hb Januari 2013 (Khamis)

14hb Januari 2013 (Isnin)

17hb Januari 2013 (Khamis)

Semoga Allah mempermudahkan segalanya dan semoga semuanya dalam keadaan baik. Amin...

Thursday, 3 January 2013

Tinggal 37 hari lagi...

Alhamdulillah si manja ummi semakin aktif..semoga anak ummi sihat. Betullah kata mama bukan mudah bagi seseorg wanita nak mengandung. Alalala....mcm2 ragam yang kena di hadapi, dengan alahan di bulan pertama, selera makan, pening2, nk gi klinik lagi...bila baby aktif nah sanalah terasa mcm2 ketidakselesaan sepanjang tempoh nak tunggu baby keluar dari perut ni...hehehe....apataknya...boleh2 sakit belakang, sakit perut ni bila baby dah mula beraksi..mengeras, menendang, alala...dia nak ummi dia baring ja sepanjang masa. Agaknya baru dia selesa..ummi duduk buat keja mulalah dia goyang2..cucuk perut ummi ni...manja sgtlah anak ummi ni.

Bila siang gini, anak ummi mmg aktif sgt2...kalo tgok CARTA KIRAAN PERGERAKAN / TENDANGAN - jam 11.30 gtu anak ummi dah genap 10 kali gerakannya..Alhamdulillah..semoga Allah melindungi anak yang ku kandung ni. Amin.

Malam pula...anak ummi ni suka kacau ummi yang tengah bz memasak..hahahah...masa tulah anak ummi beraksi lagi...apalah anak ummi buat kat dlm tu.??..dah mo masuk 35 minggu ni ku dah tak tahan berdiri lama terasa pinggang mcm mo patahlah pulak. Dah tu...sikit2 msti kena rehat..kalo tak anak ummi mesti xmo diam. Seronok juga rasanya....anak ummi mcm dah mula faham apa yang ummi dia nak sampaikan..hehehe..

Menjelang jam11 mlm baby mulalah menunjukkan pergerakkan....mcm dia bgun lah pula, Ummi tahu baby tggu abuya dia balik....alalala...anak bertuah ummi dah pandai tggu abuya...

Bila dia mgeras abuya akan pegang...anak ummi pula diam. lepas tu beraksi mcm tandang bola ja. Alahai..anak ummi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.