Aku tak faham bahasa apa yang cuba kau sampaikan
Kau masih seperti dulu...nyata dan maya
Kerap datang bila kau mahu
Bila itu kau menyepi dan terus menyepi
Tapi sedang di minda ku
Aku melihat kau di setiap penjuru
Aku lihat jelas kau disitu..
Aku melihat kau sedang senyum ke arah ku
Aku juga melihat wajah sedih mu
Apa sebenarnya kau mahu?
Adakah kau mahu aku tahu
Akan kebahagiaan mu kini?
Atau kau mahu aku mengerti perpisahan kita?
Sedang dulu aku faham sendiri
Dulu aku membuat kesimpulan sendiri
Tentang sikap mu, tentang cinta mu
Kau memulakan semuanya
Dan kau telah lama mengakhiri
Kini kita sudah semakin jauh untuk kembali
Tiada rasa yang indah untuk kau miliki
Aku sudah jemu dengan perlakuan mu
Meskipun tidak terlihat oleh mu
Hati ku yang sakit dengan sikap mu
Aku redha, Aku akur itu pilihan mu
Aku ingin tinggalkan daerah kenangan kita
Jauh perjalanan ini
Aku yakin menemui sinar bahagia
Karena ada yang istimewa
Ku temui kini
Sejak kau tinggalkan semuanya
Aku semakin mendekati kebahagian
Yang ku ingini sebelum ini dari mu
Aku temui cinta yang suci
Kini aku ingin ucapkan
Selamat Tinggal cinta semalam
No comments:
Post a Comment