Lihatlah diri mu..
Duduk di satu sudut
Aku merasa
Bukan berada tempat ku
Berkali aku fikir semua
Aku pelik
Aku ingin bercerita pada mu
Tentang apa yang ku alami
Tapi aku tak tahu bagaimana
Hendak ku mulakan
Hendak ku fahamkan
Mahu pun aku huraikan
Wahai Teman,
Pernahkah kau merasa
Kau berada ditempat mu
Duduk di situ
Tapi kau seperti tak berada di tempat mu?
Aku pun tak tahu bagaimana mahu menjelaskan
Tapi itulah yang pernah aku alami
Sejak dulu hingga kini
Tidak datang selalu
Nantilah bila aku tahu
Caranya untuk fahami mu
Aku akan mulakan lagi..
No comments:
Post a Comment