Translate

Friday, 11 March 2011

Tsunami Di Jepun

11 Mac 2011 ... TSUNAMI di JEPUN paling DAHSYAT SEJAK 140 TAHUN!!  
Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa. Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tok...yo.

PENDUDUK DI LABUAN DAN SABAH DINASIHATI SUPAYA MENJAUHI PERSISIRAN PANTAI BERIKUTAN LAUT BERGELORA DAN PARAS AIR LAUT LEBIH TINGGI DARIPADA YANG DIJANGKA BERMULA 6 PETANG HINGGA TENGAH MALAM INI.

Jabatan Metereologi berkata ini dijangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi. Satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah. Bagaimana setakat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir, Jepun merupakan rakan dagang agak besar selain banyak melabur di negara ini. Ekonomi negara akan turut terkena tempias sekiranya kedudukan ekonomi Jepun terjejas teruk akibat dilanda bencana gempa bumi kuat.
Subahanallah....kita datang dari Nya, kita juga kembali pada Nya...peliharalah kami Ya Allah..sama2lah kita berdoa minta dijauhkan...Allah maha berkuasa..

Wednesday, 9 March 2011

Catatan utk hari ni...

Seblum nak masuk tido aku nak catatkan sesuatu untuk Kesayangan Hamba.. Diee,
Selamat beradu....maafkanlah silap ku, aku sayang kamu
hehe...nak tdo dah ni ...ZZZzzzzzz

Cerita Semalam

Mimpikan Su,
Dia kelihatan sangat cantik
Berkebaya Putih
Gaya Seperti Model
Bila ku pandang dia menjeling
Dan terus berlalu..

Melihat Mu, Seperti Aku Melihat Diriku

Ilha...
Semua ini memang tak pernah aku ketahui
Ada Kau selama ini
Ada rindu yang membeku
Ada cinta terpendam
Ada kasih yang tersisih

Ilha...
Bukan mudah menyemai kasih
Bukan mudah memupuk sayang
Bukan mudah untuk mencinta

Ilha...
Sejujurnya aku sangat terkilan
Hati aku hancur tak terkata
Bila aku mula mengetahui diri ini
Di duakan

Ilha..
Bertahun aku menyemai kasih
Bertahun juga sayang ini ku pupuk
Bertahun lamanya cinta ini tumbuh
Namun ada kau..hati ku berbelah bahagi
Andainya aku mampu melepaskan dia untuk mu
Akan aku lakukan...kerna bila melihat mu,
Seperti aku melihat diriku yang dulu...

Ilha...
Lelaki mudah tergugat dengan perhatian kaum hawa
Mungkin cinta & sayang pada mu itu lahir kerna perhatian mu..
Manakala aku yang jauh tak mampu memberikan yang terbaik

Ilha..
Mungkin aku menjadi pilihan dia
Namun aku tahu jauh disudut hatinya
Dia merinduimu

Sunday, 6 March 2011

Diriku

Lihatlah diri mu..
Duduk di satu sudut
Aku  merasa
Bukan berada tempat ku
Berkali aku fikir semua
Aku pelik
Aku ingin bercerita pada mu
Tentang apa yang ku alami
Tapi aku tak tahu bagaimana
Hendak ku mulakan
Hendak ku fahamkan
Mahu pun aku huraikan

Wahai Teman,
Pernahkah kau merasa
Kau berada ditempat mu
Duduk di situ 
Tapi kau seperti tak berada di tempat mu?
Aku pun tak tahu bagaimana mahu menjelaskan
Tapi itulah yang pernah aku alami
Sejak dulu hingga kini
Tidak datang selalu

Nantilah bila aku tahu
Caranya untuk fahami mu
Aku akan mulakan lagi..

Kenangan Semalam

Aku tak faham bahasa apa yang cuba kau sampaikan
Kau masih seperti dulu...nyata dan maya
Kerap datang bila kau mahu
Bila itu kau menyepi dan terus menyepi
Tapi sedang di minda ku
Aku melihat kau di setiap penjuru
Aku lihat jelas kau disitu..
 Aku melihat kau sedang senyum ke arah ku
Aku juga melihat wajah sedih mu
Apa sebenarnya kau mahu?
Adakah kau mahu aku tahu 
Akan kebahagiaan mu kini?
Atau kau mahu aku mengerti perpisahan kita?
Sedang dulu aku faham sendiri
Dulu aku membuat kesimpulan sendiri
Tentang sikap mu, tentang cinta mu
Kau memulakan semuanya
Dan kau telah lama mengakhiri
Kini kita sudah semakin jauh untuk kembali
Tiada rasa yang indah untuk kau miliki
Aku sudah jemu dengan perlakuan mu
Meskipun tidak terlihat oleh mu 
Hati ku yang sakit dengan sikap mu
Aku redha, Aku akur itu pilihan mu
Aku ingin tinggalkan daerah kenangan kita
Jauh perjalanan ini 
Aku yakin menemui sinar bahagia
Karena ada yang istimewa
Ku temui kini
Sejak kau tinggalkan semuanya
Aku semakin mendekati kebahagian
Yang ku ingini sebelum ini dari mu
Aku temui cinta yang suci
Kini aku ingin ucapkan 
Selamat Tinggal cinta semalam

Bila Cinta..........

biLa ciNta kIni taK lagi berMakna yaNg ku raSa kIni HaNya lah neStapa di tInggalkan ciNta masa lalu duLu kau taWarkan maNisnya jaNjimu daN kU saMbut itu deNgan segenap hatIku hIngga eNgkau perGi tiNggalkanku hiLangNya ciNtamu mNusuk hatIku hIngga ku memiLIh ciNta yang faNa perGinya diRImu merObek jaNtungkU ... Lihat seterusnya..hIngga kU terJatuh daLam haraPan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.