Translate

Friday, 17 May 2013

Perkembangan si comel

Bulan Pertama: 

Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Akan tidur sepanjang hari.
♥ masa dlm pantang ni, bby fateh tido ja...cuma kenalah slalu bgun tuk susukan dia..

Bulan Kedua: 

Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Bayi juga boleh tidur sepanjang malam. 
♥ ptengahan bulan fateh dah mula mgiring n meniarap..huhuh..cepat kan???

Bulan ketiga:

Bayi mula mengukir senyuman. Kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.

Bulan keempat:

 Bayi lebih giat dan suka bermain. Bayi dah mula memilih waktu menyusu untuk bermain dan mencuba sesuatu. Pandangan bayi lebih tajam dan suka pada warna terang.

Bulan kelima:

Berat badan lahirnya dua kali ganda dan lebih aktif. Bertambahlh penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan bayi mengimbang diri dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Bayi mula mencapai sesuatu benda,
pergerakan tangan dan  menyelaras mata .


Bulan keenam:

Bayi boleh duduk dengan mudah. Bayi mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Bayi juga mula menyebut beberapa bunyi.


Bulan ketujuh:

Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menyebut perkataan seperti "mama" atau "dada".


Bulan Kelapan:

Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu untuk membantunya. Sekarang bayi boleh bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin merbahaya takut2 jika dimasukkan ke dalam mulut.

Bulan kesembilan:

Kebanyakkan bayi dah pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.
Bulan kesepuluh: Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.

Bulan kesebelas:

Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri bayi boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Bayi boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.

Bulan kedua belas:

Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang bayi boleh berjalan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dah pandai memanjat katilnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.