Translate

Tuesday, 28 May 2013

Jeseltton Point - hubby snap 2010 lg








Kenangan PULAU MANUKAN 2008









Duit Lama RM1



Menuju Ke kampung ku sebelum KOta MaruDu








Kota Belud 2009 - ni ja yang sempat sy snap masa balik kg hari tu...hehehe..








Kaamatan 2013

enda taulah ni jadikah enda balik kampung 31 hb..hehehe..mcm cepat btul bah masa berlalu skrg ni..huhu...ini kali lah bah....seronok juga ni kalo dpat muli. Kwn2 sekerja sempat lagi bah mengirim jagung bakar n kacang bakar..Sedaap bah. Sudah kah kamurang merasa jagung bakar dan kacang bakar di kota marudu..(siring jalan kg. manggaris..)? mgkalilah tp org ckp kota marudu ja...

Tapi bah kalo sia ingat2 itu jalan adisss..bikin malas juga mau balik. Enda bah pandai siap2 lagi itu jalan..

Dia memutuskan supaya tidak berhubung lagi

Terkejut juga bila dpt msj dia dah taknak berhubung lagi, entah dimana silapnya aku??...selama ini aku berusaha untuk buat terbaik walaupun seharusnya aku menjauhkan diri dari dia. Aku boleh tanam benci ini kat dia sbb dialah hatiku hancur, tapi kerna aku memahami situasi ditempatnya aku dekatkan diri pada dia tidaklah aku mementingkan diri sendiri dan tidaklah aku sama sekali membiarkan dia membuat kesimpulan sendiri seperti keadaan ku dulu.

Panjang lebar dia menerangkan itu kehendaknya sendiri...aku hanya mampu menjawab ~ O.K ~

Mungkin dengan cara ni dia mampu melupakan org yang dia cintai...selagi dia berhubungan ngan aku lagilah hatinya juga sakit kerna kebahagian aku dengan orang yang dia cinta. Aku akui mmg sukar untuk melupakan orang yang pernah menjadi sebahagian dlm hidup kita...

Sekarang aku dah bahagia...
aku juga mendoakan dia bahagia..tak lama lagi dia akan berumahtangga..INSYAALLAH...aku yakin ada hikmah disebalik ini semoga aku mampu untuk menahan diri dari bertanya khbar dia disana.

Lupakanlah semua dan moga keputusan yang dia buat ini adalah keputusan yg tepat.

4 Bulan

Berat  : 6.7kg
Tinggi: 66cm


♥ Fateh sangat aktif
♥ suka sgt tido lewat
♥ xde jarum hari ni...hehehe..suka sgtlah tu
♥ lepas myusu masih juga masukkn tangan dlm mulut
♥ dah tanya nurse pun..mmg xboleh bagi makan awal si baby

Wednesday, 22 May 2013

Sukanya isteri bila suami...

  • Masak
  • Ajak shopping
  • Belikan bunga 
  • Bercuti
  • Tak merokok
  • Sentiasa berbincang sebelum membuat keputusan
  • Luangkan masa dengan keluarga
  • Tolong buat kerja rumah

Emosinya isteri bila suami....


  • Lupa wish birthday 
  • Tak angkat phone
  • Jarang nak Reply MESEJ
  • Bila shopping asyik nak cepat ja
  • Membuat Keputusan Sendiri
  • Tak berkerjasama
  • Sebelum kahwin tak merokok dah kahwin merokoklh pulak..
  • Boros
  • Tak simpan duit
  • Takde masa ajak keluarga bercuti
  • Bila Raya asyik nak balik kampungnya jak
  • Tidak suka berbincang

Jom...!! Tukar dulu Background blog

Nak Background FREE kat blog korg?
Nak yg comel2 n sebagainya?
Sy pun baru ja cuba...kalo nak korg gi blog ni

http://thecutestblogontheblock.com

Tuesday, 21 May 2013

Tak sabar rasanya nak tunggu cuti 24 May ni....nak ambik adik yana..


Warkah Buat Pakcik



sejak tahun lepas..
sejak bulan lepas...
sejak hari yang lepas...
saban hari mengatur masa.. 
dan...akhirnya bersua..

alaa hai pakcik,
kenapa semakin membisu?
menoleh jauh sekali
 menghukum tanpa sebab..

agaknya kedatangan kami 
menganggu ketenanganmu..
tahukah engkau wahai pakcik..
hati kami terkilan dengan sikap angkuhmu..

tidak mengapa..
biarlah...usah dinanti kedatangan kami lagi
walau bertahun, berbulan dan hari2 mendatang..
sudah tiada masa melayan sikapmu..

semoga engkau dapat memahami..


Monday, 20 May 2013

Perkembangan bayi anda pada usia 4 bulan

Makan kurang kerap
Apabila bayi anda mencapai usia empat bulan, perutnya sudah membesar jadi dia tidak lagi perlukan makanan begitu kerap – hanya empat atau lima kali sehari. Namun begitu, berat badannya masih bertambah – keperluannya untuk mengambil makanan menurun apabila dia menjadi lebih besar, lebih mirip kepada kekerapan kanak-kanak yang lebih tua atau orang dewasa. Sekarang di waktu makan, perhatiannya mula beralih kepada orang dan benda-benda, justeru, walaupun anda seronok apabila melihat dia sedar dan responsif terhadap benda-benda baru, anda mendapati bahawa memberinya makan menjadi satu perkara yang sulit. Sekiranya bayi anda mudah ralit dan tidak menumpukan kepada makanannya, carilah satu tempat yang lebih sunyi untuk memberikan dia makan. 

Bakat baru pusing meniarap dan menelentang
Apabila bayi anda dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu bayi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya. Dia mungkin juga mengangumkan anda (dan diri sendiri!) dengan berpusing dari baring telungkup kepada telentang, atau sebaliknya. Anda boleh menggalakkan ini melalui mainan: goyang-goyangkan patung mainan di tempat ke mana dia akan pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri tepukan dan senyuman apabila dia melakukan ini; dia memerlukan sokongan anda sebab perbuatan-perbuatan barunya ini agak menakutkan baginya. 

Masa ini untuk makanan pepejal?
Bagi empat ke enam bulan pertama dalam hidupnya, bayi anda memperolehi semua nutrien yang diperlukan dari susu badan atau susu formula. Namun begitu, didapati bahawa ibubapa sudah mahu mula memberi makanan pepejal. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mencuba pepejal. Anda boleh mulakan dengan memberinya sedikit pepejal (iaitu makanan lembik seperti makanan bayi yang dipuri atau bijirin bayi) memandangkan saluran pencernaannya sudah agak matang dan refleks menjolok lidah keluar semakin lenyap. Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor menggalakkan ibubapa agar menunggu sampai bayi berusia enam bulan. Dengan tidak memberikan pepejal terlalu awal, anda boleh mengurangkan reaksi alergik dan menjaminkan yang susu ibu dan formula dalam diet bayi anda tidak dikurangkan. 

Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut.
Bayi anda sekarang sudah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek, walaupun lazimnya pertama kali dia mencuba dia terlepas sasarnya. Apabila dia dapat memegang sesuatu, dia akan mengkajinya untuk seketika dan kemudian cuba memasukkannya ke dalam mulut. Anda juga akan memerhatikan air liur banyak meleleh sekarang. Setengah bayi sudah mula tumbuh gigi ada seawal usia empat bulan, tetapi gigi pertama bayi selalunya tidak keluar sebelum usia lima atau enam bulan. 

Galakkan bayi anda mencuba dan bermain dengan pelbagai jenis objek. Umpamanya, lampin kain yang bersih boleh mengasyikkan bayi untuk beberapa minit. Perhatikan dia menghisap sesuatu objek, memegangnya, dan ketahuilah apa yang akan berlaku apabila dia merenyukkannya. Berikan dia kelentong ringan dan perhatikan betapa seronoknya dia mendengar kelentong itu berbunyi jika digoncang. Menyediakan tempat aktiviti bayi atau gim buaian adalah baik di peringkat ini, iaitu di ketika bayi anda mempelajari tentang sebab dan akibat - umpamanya, dia mendapati bahawa apabila dia mengerakkan tuil atau butang, dia mendengar loceng berbunyi. 

Kini mampu bermain sendiri
Pada masa ini, bayi anda sudah pandai bermain dengan tangan dan kakinya untuk beberapa minit setiap kali. Sungguh ajaib! Pada satu ketika, anda tiba-tiba sedar bahawa tiada kedengaran apa-apa dari dalam bilik, jadi, anda jengok ke dalam dan melihat bayi anda yang sebelum ini memerlukan perhatian dan jagaan anda hampir setiap detik dia berjaga, sekarang boleh bermain dengan sendiri. Mungkin sekarang anda boleh kembali membaca surat akhbar seperti dulu kala. 

Mula memahami peranan bahasa
Para penyelidik percaya bahawa menjelang usia empat bulan, bayi anda sudah boleh memahami semua bunyi-bunyi asas dalam bahasa ibundanya. Antara usia empat dan enam bulan, dia menguasai kemahiran membuat bunyi vokal, seperti "ma-ma" atau "da-da." Walau bagaimanapun, dia tidak mengaitkan bunyi itu dengan ibu atau bapanya. Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut "boo", dan dia akan cuba menyebutnya juga. Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men"cermin"kan perlakuan dia. Oleh sebab anda memberi reaksi terhadap sesuatu bunyi yang disebut olehnya dan bereaksi apabila dia cuba menyatakan sesuatu, bayi anda mula mempelajari tentang kepentingan bahasa dan mula memahami konsep sebab dan akibat. Dia mula sedar bahawa apa yang diperkatakan olehnya akan membawa kesan tertentu. 

Memahami rampaisari warna yang pelbagai
Bayi boleh mengecam warna dari dia mula lahir, tetapi mempunyai kesukaran menbezakan nada terang-gelap dan corak warna seperti oren dan merah. Sebab itu, mereka lebih gemar hitam dan putih atau warna yang berkontras tinggi. Antara usia dua dan empat bulan, perbezaan warna menjadi lebih jelas, dan bayi anda mula dapat membezakan nada dan corak yang berlainan bagi sesuatu warna. Bayi anda akan menunjukkan kegemaran bagi warna primer yang terang. Dia akan tertarik kepada mobil tergantung yang berwarna cerah (digantung supaya tak dapat dicapainya), poster-poster terang dan buku-buku keras yang berwarna menarik. 

Lebih memilih orang
Menjelang empat bulan, bayi anda mungkin sudah boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran anda, suara anda dan juga ekspresi muka anda dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya. 

Sekitar masa ini juga, bayi anda, yang setakat ini cenderung memberi senyuman kepada semua orang yang dijumpainya, mula memilih orang-orang yang dia mahu berdekat dengannya. Jika dia berada dalam kumpulan ramai atau dengan orang yang tidak dikenalinya, dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menjadi selesa. Sediakan sedikit masa untuk bayi membuat transisi apabila berjumpa dengan orang yang tak dikenalinya atau apabila bayi ditinggalkan dengan penjaga. Anda akan juga mendapati bahawa apabila dia berada dalam dukungan anda, dia lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain – terutama sekali kanak-kanak yang lebih tua yang bising dan riang riuh. 

Adakah bayi saya berkembang secara normal?
Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosial mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu. 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkembangan bayi anda, sila bertanya dengan doktor anda. 



Mewujudkan tabiat tidur yang baik: 3-6 bulan

Tidur 
Pada usia ini, anda tidak perlu lagi bangun setiap dua atau tiga jam pada waktu malam – diharapkan begitulah. Pada usia tiga atau empat bulan, kebanyakan bayi akan tidur selama 15 jam sehari, iaitu kira-kira 10 jam pada waktu malam dan selebihnya semasa tidur siang sebanyak tiga kali (ini bertukar kepada dua kali sehari apabila bayi anda berusia kira-kira enam bulan). Semasa peringkat umur ini, anda mungkin akan bangun sekali atau dua kali setiap malam pada mulanya untuk menyusukan, tetapi apabila bayi anda berusia enam bulan, fizikalnya sudah boleh membenarkannya tidur sepanjang malam. Sama ada dia berbuat begitu bergantung kepada sama ada dia sudah mula memperolehi tabiat dan pola tidur yang menyokong ini.

Bagaimanakah anda boleh mewujudkan tabiat tidur yang baik
Pada usia ini, berikut adalah beberapa perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk membantu anak anda tidur pada waktu malam:

Adakan waktu tidur malam dan tidur siang yang tetap – dan ikutinya dengan baik
Jika bayi anda merupakan bayi baru lahir, adalah senang menidurkannya pada waktu malam sebab anda boleh perhatikan tanda-tanda dia mengantuk (menggosok mata, menarik telinga dan lain-lain). Sekarang, sebab dia sudah lebih besar, anda perlu mengadakan waktu tidur malam yang tetap dan juga waktu tidur siang yang konsisten untuk melaraskan pola tidurnya. Waktu tidur yang baik untuk bayi selalunya di antara pukul 7 dan 8.30 malam; jika lewat daripada ini, dia akan menjadi terlalu letih dan sukar untuk tidur. Bayi anda mungkin tidak kelihatan letih pada waktu tengah malam – sebaliknya, dia akan kelihatan sangat bertenaga dan bergerak aktif. Sebenarnya, ini adalah tanda bahawa ia telah melepasi waktu tidurnya. Anda juga boleh menetapkan waktu tidur siang dengan cara yang sama seperti tidur malam – tetapkan waktu yang spesifik setiap hari – atau anda boleh mengikut gerak hati sahaja tanpa mempunyai masa tidur dengan meletakkannya di katil apabila anda tahu dia sudah letih dan perlu berehat. Selagi diamendapat tidur secukupnya, mana-mana pendekatan pun sesuai.

Adakan rutin yang mengingatkan bayi tentang tidur.
Jika anda belum mula, sekarang ialah masa yang baik untuk memulakan rutin hendak tidur. Rutin anda boleh terdiri dari mana-mana (atau semua) perkara berikut: memandikan bayi anda, bermain dengannya, membuat persediaan tidur tertentu, membaca satu atau dua cerita pengantar tidur, menyanyikan dodoian dan menciumnya selamat malam. Apa-apa rutin yang berkesan bagi keluarga anda boleh digunakan, selagi anda melakukannya dalam urutan yang sama pada waktu yang sama setiap malam. Kanak-kanak suka dengan perkara yang konsisten, dan hal bersabit tidur tidak terkecuali. 

Bangunkan anak anda di pagi hari untuk melaraskan semula waktu hariannya
Jika bayi anda cenderung tidur lebih daripada 10 jam pada waktu malam, anda boleh mengejutkannya pada waktu pagi untuk melaraskan semula waktu hariannya. Walaupun tidur 10 jam pada waktu malam seakan-akan tidak menimbulkan masalah, bayi anda perlu mematuhi pola tidur / berjaga yang tetap dan mendapat rehat yang cukup semasa tidur siang. Mengejutkan bayi anda pada masa yang sama setiap pagi akan membantu dia mematuhi jadual tidurnya.

Potensi kesulitan yang akan timbul
Kesulitan seperti terjaga pada waktu malam dan membentuk asosiasi tidur yang memerlukan anda di sisinya – katakan bayi anda perlu dibuaikan atau disusukan untuk tidur - bukan melibatkan bayi baru lahir saja tapi juga bayi yang lebih besar. Pada usia empat bulan, anak anda mungkin sudah pandai menenangkan dirinya sendiri, namun begitu, anda mungkin masih perlu membantunya mempelajari teknik-teknik menenangkan diri sendiri. 

Sesetengah bayi berusia tiga hingga enam bulan mungkin menghadapi masalah baru: sukar untuk tidur. Dalam kes-kes begini, meletakkan anak anda di katil untuk tidur adalah amat sukar bagi ibu bapa yang baru. Anda tidak boleh menjangka sama ada dia akan terus menjerit kuat ataupun merengek perlahan hanya untuk cuba meraih simpati.

Jika bayi anda sukar untuk tidur pada waktu malam, pastikan terlebih dahulu dia tidak berjaga terlalu lewat (seperti yang kami nyatakan, bayi yang terlalu letih akan sukar untuk tidur). Jika ini bukan sebabnya, dia mungkin telah memperolehi beberapa asosiasi tidur yang mengganggu. Jika anda mahu dia tidur sepanjang malam tanpa memanggil anda, dia perlu belajar untuk tidur dengan sendiri, tanpa dipujuk untuk tidur dengan didukung atau diberi susu badan atau puting.

Jika ini bukan sebabnya dan bayi anda masih sukar untuk tidur, terdapat pelbagai strategi yang boleh anda gunakan. Beberapa strategi ini digariskan di bawah. Sudah tentu, apa yang terbaik buat anda tergantung kepada kepercayaan peribadi dan falsafah tidur anda.

Penyelesaian masalah tidur
Apakah cara terbaik untuk melayan anak anda apabila anda telah menyelimutkannya? Para pakar mempunyai pendapat yang berbeza bagi isu ini. Namun, mereka bersetuju yang cara untuk menenang atau memujuk anak anda sememangnya akan berubah mengikut usianya. Bayi baru lahir perlu dipeluk sekejap, anak yang dah boleh berjalanmemerlukan rutin yang konsisten dan dilaksana dengan tegas. Dalam hal peniduran bayi anda yang berusia tiga hingga enam bulan, lihatlah beberapa cadangan berikut yang diperolehi daripada pelbagai pakar dan pilihlah strategi yang mendatangkan hasil bagi anda:

Penyelesaian 1
Lakukan rutin pergi menjenguk bayi yang mudah. Jika anak anda menangis, pergi ke biliknya. Usap belakangnya dan beritahu dia semuanya selamat dan waktu itu adalah waktu tidur. Jangan angkat atau peluknya; bertindaklah secara lembut tetapi tegas. Beredarlah. Tunggu sehingga lima minit dan jenguk sekali lagi. Lakukan ini berulang-kali sehingga dia terlena, dan panjangkan masa antara kunjungan anda.

Penyelesaian 2
Periksa rutin waktu tidur anak anda dengan teliti. Ingat bahawa adalah penting bayi dihantar ke katilnya semasa dia masih berjaga supaya dia boleh belajar untuk tidur dengan sendiri, bukan saja pada taim tidur malam tetapi apabila dia terjaga pada waktu malam juga. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, cuba tukar rutin waktu tidur bayi anda.

Penyelesaian 3
Sekiranya bayi anda menangis dan anda sudah menyusukannya dan lampinnya tidak basah dan dia sihat, tunggulah lima minit sebelum pergi kepadanya. Kemudian yakinkan dia bahawa anda ada di sisinya sambil bercakap dengannya – jangan mengangkatnya, tapi bukalah lampu atau usaplah dia. Apabila anda masuk, pastikan anda bertenang dan lakukan semuanya dengan cepat dan ringkas. Jika dia masih menangis, setiap kali dia menangis, tunggu lebih lama lagi sebelum anda menemuinya dan ulangilah prosedur ini semua. Yang penting, anda perlu konsisten dan tegas.

Penyelesaian 4
Jangan menidurkan bayi anda dengan mendodoinya dan mendukungnya atau membiarkan dia menyusu badan atau menghisap botol; dia akan membuat asosiasi yang tak baik dan tidak akan dapat tidur tanpa itu semua, dan tidak akan belajar tidur dengan sendiri. Sebagai ganti, letakkan dia di katil semasa dia masih berjaga, duduk bersamanya, berikannya objek transisi sebagai ganti diri seperti selimut, kemudian, usapkan dia dan tenangkannya tanpa mengeluarkan kata-kata.

Penyelesaian 5
Pujuk bayi anda untuk tidur: dodoikannya dan baring bersamanya sehingga anda nampak yang bayi anda tidak bergerak lagi dan telah tidur dengan lena. Adakan satu rutin tidur dan ikutilah rutin ini; selain itu, cuba memeluk bayi anda di samping anda sendiri berpura-pura tidur dan bertegaslah dengannya bahawa masa itu ialah masa tidur.

Tidak terdapat cara yang "betul" untuk menggalakkan anak anda supaya bertenang dan tidur sepanjang malam. Anda perlu memilih penyelesaian yang paling berkesan bagi anda dan keluarga anda.


Friday, 17 May 2013

Perkembangan si comel

Bulan Pertama: 

Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Akan tidur sepanjang hari.
♥ masa dlm pantang ni, bby fateh tido ja...cuma kenalah slalu bgun tuk susukan dia..

Bulan Kedua: 

Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Bayi juga boleh tidur sepanjang malam. 
♥ ptengahan bulan fateh dah mula mgiring n meniarap..huhuh..cepat kan???

Bulan ketiga:

Bayi mula mengukir senyuman. Kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.

Bulan keempat:

 Bayi lebih giat dan suka bermain. Bayi dah mula memilih waktu menyusu untuk bermain dan mencuba sesuatu. Pandangan bayi lebih tajam dan suka pada warna terang.

Bulan kelima:

Berat badan lahirnya dua kali ganda dan lebih aktif. Bertambahlh penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan bayi mengimbang diri dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Bayi mula mencapai sesuatu benda,
pergerakan tangan dan  menyelaras mata .


Bulan keenam:

Bayi boleh duduk dengan mudah. Bayi mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Bayi juga mula menyebut beberapa bunyi.


Bulan ketujuh:

Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menyebut perkataan seperti "mama" atau "dada".


Bulan Kelapan:

Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu untuk membantunya. Sekarang bayi boleh bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin merbahaya takut2 jika dimasukkan ke dalam mulut.

Bulan kesembilan:

Kebanyakkan bayi dah pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.
Bulan kesepuluh: Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.

Bulan kesebelas:

Seorang bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri bayi boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Bayi boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.

Bulan kedua belas:

Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang bayi boleh berjalan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dah pandai memanjat katilnya.

3 Bulan

Berat  : 5.7kg
Tinggi:65cm

♥  mengangkat kepala sehingga 60°
♥  duduk
♥  berguling
♥  mengimbang badan menggunakan kedua-dua kaki
♥  mengangkat kepala bila meniarap
♥  kenal ummi & abuya
♥  bertindakbalas
♥  bermain bola (fateh dah pandai angkat kaki n nak tendang bola)
♥  mengukir senyuman sosial

2 Bulan

Berat  : 4.6 kg
Tinggi: 63cm


♥ aktif dah
♥ mengulangi bunyi vokal seperti "oh" dan "ah"
♥ menggerakkan mata mengikut pergerakan objek
♥ mula mengiring
♥ meniarap (usia 2 bulan 2 minggu 3 hari)
   ~ alhamdulillah anak ummi cepat mempelajari sesuatu..

1 Bulan

Berat   : 3.9 kg 
Tinggi : 56cm

♥ dah pandai terkejut
♥ silau pada cahaya

0 ~ Bulan

Berat   : 3.4 kg
Tinggi : 50 cm

Wednesday, 15 May 2013

Bola oh Bola















Semalam...
my baby mmg dah kerap tido lewat dalam 12;15 am until berjaga...
sbgai umminya aku mmg layan habis...

perkembangan terbaru n hobi baru my baby..
MAIN BOLA...
mesti korang tak pcayakan? yalah my baby baru usia 3 bulan lebih
26 mei ni baru 4 bulan tapi dah aktif bermain bola. Ada tindakblas
masa aku letak bola dkat kaki dia n bila cece dia gerakkan bola ke
depan my baby bertindakblas mau menendang bola tu, my baby main
angkat kaki n hayun ke depan..hihi..comelnya......

Dalam 20 minit my baby dah penat, bila dah penat mulalah myusu
banyak n mgantuk. Dan dalam 1.45 am baby terjaga nak myusu..
agaknya aktiviti bermain bola tu buat dia penat n lapar kot.

heheh....i luv my baby..♥

Cepatnya masa berlalu..pejam celik pejam celik dah 15 mei 2013...

Friday, 10 May 2013

Anak ku Muhammad Al Fateh

Aku bersyukur ada kamu..
Kamu anugerah terindah buat ummi..
penyeri hidup ummi dan abuya..
Semakin hari sikapmu berubah,
semakin mcuit hati..
senyuman mu, buat ummi tak tido malam..

anak ummi..
macam2 dah anak ummi ni pandai...

baru usia 2 bulan lebih anak ummi
dah mula belajar meniarap..
ummi sgt2 terkejut..
usia 3 bulan kamu dah semakin aktif..
semakin kerap berlatih..
aduihai..anak ummi...
ummi tak mampu berikan yg terbaik buatmu..
tapi Allah berikan ummi kekuatan untuk
sentiasa bersamamu...

Aku Bukanlah Seorang Ibu Yang Baik Tapi Aku Sentiasa Mengharapkan Sesuatu Yang Terbaik Untuk Anak Ku.

Memang aku akui nak buat yang terbaik untuk diri sendiri mahupun untuk org lain adalah satu perkara yang sukar dilakukan. Tanyalah pada diri anda.! Pernah tak terjadi seperti keadaan aku skrg. ?...Mestilah ada kan...terlalu mustahil kalo takde persamaan langsung.

Sebelum jadi ibu, ada tak korang lawan cakap mak, tengking mak korg,? apa2 ja lah perbuatan yang mnunjukan korg tak mghargai mak korg...pendek kata tak sedar di untung....Mak penat2 membesarkan korg, bersengkang mata setiap malam, takdpt tido kalo korang sakit, sanggup xmakan gara2 nak tidokan korg..takpun mak korg merungut jaga korg time sakit, tgh mak makan korg melepas (berak)..mak tak tgu lama dah bersihkan.

Itu Fakta...mana2pun ada tjadi gtu anak yg tak mengenang jasa org tua. Sebelum kahwin, seblum jadi isteri org...Ya memang ada segelintir kta ni tak dgr ckap....sbb kta tak tahu apa rasanya bila dah jadi ibu. BIla dah jadi ibu selalunya barulah kita sedar..betapa bernilainya kasih ibu..tidak terbalas ngan wang ringgit. Bila dah kahwin..mulalah timbul rasa malu sbb selama ni suka lawan cakap mak. Ingatlah...nak mengandung itu satu hal, nak melahirkan, nak jaga anak...dan sebagainya.. semua itu setiap kita (wanita) akan melalui.

Sayangilah mak kita, hargailah mereka selagi mereka ada di dunia ini..
aku sayang mak aku, aku bangga punya mak sehebat dia...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.