KURMA dikenali dengan nama saintifik, Phoenix danctylifera, kurma amat berkesan untuk merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit. Khasiat kurma juga terbukti dalam mengatasi masalah INSOMNIA. Individu yang mengalami masalah batuk pula boleh mengamalkan pengambilan kurma dalam menu harian mereka kerana keberkesanannya menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong seterusnya mampu menghentikan batuk.
Buat kanak-kanak pula, kurma membantu mencergaskan minda, menguatkan daya ingatan serta membantu tumbesaran. Manakala untuk wanita, kurma dapat mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran.
Tidak hanya itu, buah yang sering menjadi pilihan di bulan Ramadhan ini turut terbukti berkesan dalam memanaskan tubuh, mencegah penyakit barah, melancarkan peredaran darah, merawat penyakit buah pinggang dan membersihkan hati. kepada yg ade INSOMNIA tu makan kurma bnyak2.. boleh atasi masalah INSOMNIA..
No comments:
Post a Comment