Aku cuba untuk buat yang terbaik dalam hal ni..walaupun aku tak tahu dimana silapnya aku. Kenapa hanya aku yang mahu semuanya dalam keadaan baik? aku fikir bila menjelaskan semua kebenaran, kau semakin memahami namun aku silap kau ternyata makin menambahkan kerunsingan di fikiran ini sehingga aku membuat keputusan menjauhkan diri dari mu. Aku juga tak ingin semuanya berlarutan hingga kau membuat kesimpulan sendiri seperti aku dulu. Di tinggalkan dan membuat penilaian sendiri. Bersyukurlah aku memahami keadaan mu dan mendekati mu walau ia menyakiti. Dia terpaksa memilih 1 antara kita...aku pasrah aku di duakan selama ini...malah bila aku mengetahui semuanya aku tidak pernah membenci mu. Aku cuma rasa kekurangan ku itu tidak cukup memenuhi kehendak pasangan, penantian selama berapa tahun itu membuatkan dia berat memilih aku. Aku tak minta untuk di pilih aku telah jelaskan pada dia aku sanggup mengundur diri jika dia berat memiliki mu.
Usah risau, aku bukan tamak ingin memiliki cinta sesorang....namun aku terkilan dengan sikapmu, aku kira kau wanita yang senang dibawa berbincang namun di luar ku lihat jelas kelembutan mu tapi hatimu sekeras batu. Aku menilai mu jauh lebih indah sebagai wanita yang solehah...terima segalanya dan menyakini Tuhan menjanjikan yang terbaik buat kita. Sungguh..usahlah terlalu tamak pada cinta yang sementara......maafkan aku.
Cinta pertama jarang sekali bertemu sudahnya...selalunya kita akan merasa kehilangan, kecewa dan cinta tidak kesampaian. Tidak semua yang kita inginkan menjadi milik kita. Jika dia memilih aku bukan dirimu bukan bermakna dia memainkan perasaan mu, hati tidak sekukuh yang kita fikirkan...aku memahami hal ini aku redha dia juga menyayangimu cuma tidak mampu memilikimu atas alasan sendiri. Kau juga pernah bersamanya selamanya, kau juga mengenali dia selama ni...kita mengenali dia dengan cara yang berbeza.
Sungguh...bersamanya bukan membuatkan hati jadi senang, bahagia seperti pasangan lain tapi jauh di sudut hati ini asyik menyimpan curiga. Andai semua ini boleh ....
(bersambung...takde idea)...hehe

No comments:
Post a Comment