Translate

Saturday, 30 July 2011

Balik

Assalamualaikum....

hari masih kerja, brg2 yang nak bwa balik kg dah siap beli semuanya...
habis kerja jam 4...terus balik ja ni....

Selamat sampai buat "TIEE"

Friday, 29 July 2011

Sedar tak Sedar...

Sedar tak sedar dah nak hujung bulan, cuma tinggal berapa hari lagi dah nak PUASA..ermm...tak sabar rasanya nak berpuasa ni. Hehee......gelak2 punya gelak..baju raya belum buat lagi. Entahlah ni nak jahit ke atau nak beli saja ready made. Kat BTC banyak ready made cantik2 tau....tengoklah amcm, hari tu kesayangan hamba da belikan jubah colour black nak sedondong raya ke 2...

."Angan dalam tak sedar ke?"
apalah aku ni...jumpa dia last hari tu bukan dalam keadaan baik pun....hahaha....tak salah juga aku nak angan benda mcm tu....

 Apa2 pun moga2 sempena bulan ramadhan yang mulia marilah kita memperbanyakkan amalan mulia dan menjauhi perkara-perkara yang mungkar....(^,^)...

Sakit hatiku...



dah lah..........usah peduli hati ku sakit.

Dulu kau tidak pernah nak fikir...
sekarang nak jaga bukan senang
bila2 masa luka lama berdarah
kembali......


Selamat Berpuasa 1


Selamat Berpuasa


Tuesday, 26 July 2011

Aku

Adakah kau sedang mencari ku?

Dah jumpa aku?

Adakah kau sedang membaca blog ku?

kenal kah kau pada ku?

Saturday, 23 July 2011

Bacalah.. Dengan Nama Tuhanmu...!

Hazrat Aishah r.anha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Seseorang yang ahli dalam al-Quran akan bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah-payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran. " (hadith riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmizi & Ibnu Majah)

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Jika perlu untuk belajar, marilah kita Belajar Tajwid Al-Quran untuk menyempurnakan lagi bacaan kita dan baca la juga tafsir/terjemahan Al-Quran agar kita faham apa yang kita baca.
 
copy & paste from Blog Teh Secawan

10 Peringatan Bumi

Berkata Anas Bin Malik r.a; sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan 10 perkara :-

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku. tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

copy n paste from Blog Teh Secawan


Tentang blog atas nama tiee

Apa yang ku lihat, rasa n ketahui ku coretkan. Tiada kaitan dengan sape2 hanyalah tatapan ku. kelak ada yang terbaca....baca n biarkan yang tak baik dan ambiklah yang baik..

Ku himpun setiap apa yang masih ku tak ketahui menjadi tatapan kini dan akan datang...ada juga yang tiee copy saja. Tujuan hanya nk share je...

itu saja buat masa ni...kelak masih mau mrangka apa yg lebih baik....semuanya tiee masih nak bljr...

Didikan awal bayi (amalan ketika mengandung)

1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan
2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam
3. Membaca ayat-ayat Al-Quran

Surah-surah amalan ketika mengandung

o Al-Fatihah dan ayat Kursi
o Seluruh surah Yassin
o Seluruh surah At-Taubah
o Seluruh surah Yusuf
o Seluruh surah Luqman
o Seluruh surah Maryam

o Surah An-Nahl ayat 78

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

o Surah Al-A'raf ayat 189

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur

 4. Membaca doa

o Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9

Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

o Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

o Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

o Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

5. Kehidupan suami isteri ketika mengandung akan mempengaruhi janin. Oleh itu terdapat adab-adab yang perlu bagi suami dan isteri

- Adab isteri terhadap suami ketika mengandung

1. Mengasihi dan menyayangi suami
2. Menjaga perkataan terhadap suami
3. Tidak terlalu cerewet
4. Menjauhi daripada perasaan yang tidak baik terhadap suami
5. Menghargai pandangan dan nasihat yang diberikan suami, orang tua serta ahli keluarga
6. Menghormati kaum muslimin dan muslimat serta berbuat baik kepada mereka
7. Menjauhi dari mengumpat dan menghina orang lain.

- Adab suami terhadap isteri

1. Menunjukkan kasih sayang terhadap isteri
2. Jujur dan setia pada isteri serta tidak memberi layanan yang kejam dan kasar
3. Selesaikan selisih faham
4. Tidak mudah menjatuhkan talak atau mengeluarkan perkataan yang sama sepertinya.
5. Kerap melakukan sembahyang sunat dan mendoakan isteri dan anak selamat

copy n paste from blogtehsecawan

Makan

Mungkin ada di kalangan kita sering mengalami masalah sakit perut atau sukar membuang air besar kerana makanan yang dimakan tidak khadam dengan sempurna. Cubalah amalkan petua di bawah ini untuk meningkatkan pengkhadaman.

1) Makan dengan tenang. Beri masa untuk kita makan Tidak perlu gelojoh, nikmat makanan hanya dapat dirasai sepenuhnya ketika makan dengan tenang.

2) Luangkan sedikit masa untuk kunyah makanan sehingga lumat, barulah ditelan.

3) Makan pada masanya sebelum lapar dan berhenti makan sebelum terlalu kenyang.

4) Jangan disulami minum air ketika makan.

5) Lebih kerap mengambil makanan yang mudah dihadamkan atau tidak perlukan dikunyah seperti nestum, bubur, madu, glukos, yogurt dan lain lain.

copy n paste dr 101 ptua

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia
 Rasulullah SAW.

Copy n paste dr BTS

Al-Quran Terbang & Melekat Di Pintu Kaabah

Al-Quran Terbang & Melekat Di Pintu Kaabah
Petikan warta perdana:

"Ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah al quran tiba-tiba kelihatan melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa mengejutan itu membuat ramai jemaah yang menyaksikan peristiwa itu menangis. Saksi kejadian berkata pada malam ...jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca al quran dan sebaik saja sampai depan pintu kaabah, beliau di rempuh oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terbabas dan quran yang dipegang terlepas, tapi tidak jatuh malah melayang dan melekat di pintu kaabah. Selepas seorang staff masjidilharam mengambil kembali al quran tersebut dan diturun kan dengan kayu, saksi-saksi berpeluang mencium alquran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi."
 
copy n paste dr bts

Friday, 22 July 2011

Untuk hari ini ... 22 july 2011

Assalamualaikum...

untuk hari ini ada kegembiraan serta keletihan..

Thursday, 21 July 2011

Genaplah 6 Bulan

Hari ni genaplah 6 bulan kerja di tpm..
hari ni juga kerja berlambak..
datang sekaligus n terus nak ambik hari ini..
aduh...dahlah leher aku sakit sbb salah tido.
Terbeban lagi dengan kerja yang banyak..
penat nyer...

Hari ni juga dah 5 hari kesayangan hamba
diam n diam...msj takde..call cuma beberapa kali saja..
sunyi betul..Hampehhh betul ..coz hp rosakkk...
tgu ler kalo mcm tu..

kjap lagi nak sambung buat kerja...chayooo..2x tiee...

Wednesday, 20 July 2011

Tuesday, 19 July 2011

Heliza Helmi - Cuma Aku

Mata Untuk melihat yang baik2 sahaja

Apa guna mata ini
jika melihat yang tidak baik...

wahai mata...
lihatlah yang baik-baik belaka

StyleCovered- hijab tutorial pasmina with accessories

How to wear a Headscarf- StyleCovered Hijab Tutorial: Pashmina style

Opick Feat Amanda "Satu Rindu"

Yuna - Gadis Semasa (Official Music Video)

Najwa Mahiaddin "Got to Go"

mungkin bahasa yang ku gunakan tidak seindah bahasa mu....

Sekuat mana hatimu?

Hati siapa pun pasti teruji..
bolehkah jangan buat aku marah lagi?
bolehkah jangan buat aku ungkit kisah lalu?

bukankah senang, jika kau berusaha untuk tidak menyakiti hati ku lagi?
hati ku tidak sekuat hati2 mereka yang belum pernah terluka...
tolonglah fahami aku...seberapa banyak yang engkau mampu...

Tangisan

Baru sekejap tadi ku dengar
engkau khusyuk bercerita tentang dunia mu..

engkau tersenyum pada ku..
sesekali bercerita
engkau akan ketawa sendiri
aku tak memahami erti kegembiraan mu
jauh sekali hendak berkongsi

baru aku sedari
kau ketawa untuk menangis..
kau mahu berbohong pada ku..
namun aku bijak mengetahui gudah dihatimu

kau menangis dalam diam...
sudahlah, usah menangis lagi wahai hawa...
sapulah airmatamu...

Hatimu selembut sutera

Mengenangkan nasib diri,
aku hanya duk melihat mu sejak tadi..

Sungguh hatimu selembut sutera,

dalam erti kata lain
kau berusaha untuk menyenangkan
hati semua orang...dalam masa yang sama
hatimu sgt2 terluka.

Sampai bila harus engkau berdiam?
pendam saja bukan jalan yang terbaik untuk dirimu..
kau akan sakit sendiri..
percayalah kata ku..

kekadang kau harus tegas dalam pendirianmu
pentingkan dulu perasaan mu
baru engkau fikirkan hal sekelilingmu..
bagaimana hendak menjaga hati..
orang2 yang makin menghimpit perasaanmu?
kau kalah sendiri..kerna mereka tidak akan
sesekali memahami setiap jalanmu...

aku sekadar berkata apa yang aku fikir ...
dan mulalah rehatkan dirimu dan fikir apa yang perlu
untuk perjalanmu yang bakal kau tempuhi esok.

Atas nama tiee

ada2 ja kan...hehe...asyik2 tukar nama blog je...padahal sorg pun belum pernah tgok blog aku. Aku tak kisah pun...dalam ni aku senang luahkan apa ja....namun takde kaitan ngan sape2....hanya untuk tatapan ku akan datang....( ^ L ^)

semalam tak lena

ana sakit hati...
 sakit hati untuk yang di kasihi....

Sunday, 3 July 2011

Tentang Kita

Aku cuba untuk buat yang terbaik dalam hal ni..walaupun aku tak tahu dimana silapnya aku. Kenapa hanya aku yang mahu semuanya dalam keadaan baik? aku fikir bila menjelaskan semua kebenaran, kau semakin memahami namun aku silap kau ternyata makin menambahkan kerunsingan di fikiran ini sehingga aku membuat keputusan menjauhkan diri dari mu. Aku juga tak ingin semuanya berlarutan hingga kau membuat kesimpulan sendiri seperti aku dulu. Di tinggalkan dan membuat penilaian sendiri. Bersyukurlah aku memahami keadaan mu dan mendekati mu walau ia menyakiti. Dia terpaksa memilih 1 antara kita...aku pasrah aku di duakan selama ini...malah bila aku mengetahui semuanya aku tidak pernah membenci mu. Aku cuma rasa kekurangan ku itu tidak cukup memenuhi kehendak pasangan, penantian selama berapa tahun itu membuatkan dia berat memilih aku. Aku tak minta untuk di pilih aku telah jelaskan pada dia aku sanggup mengundur diri jika dia berat memiliki mu.

Usah risau, aku bukan tamak ingin memiliki cinta sesorang....namun aku terkilan dengan sikapmu, aku kira kau wanita yang senang dibawa berbincang namun  di luar ku lihat jelas kelembutan mu tapi hatimu sekeras batu. Aku menilai mu jauh lebih indah sebagai wanita yang solehah...terima segalanya dan menyakini Tuhan menjanjikan yang terbaik buat kita. Sungguh..usahlah terlalu tamak pada cinta yang sementara......maafkan aku.

Cinta pertama jarang sekali bertemu sudahnya...selalunya kita akan merasa kehilangan, kecewa dan cinta tidak kesampaian. Tidak semua yang kita inginkan menjadi milik kita. Jika dia memilih aku bukan dirimu bukan bermakna dia memainkan perasaan mu, hati tidak sekukuh yang kita fikirkan...aku memahami hal ini aku redha dia juga menyayangimu cuma tidak mampu memilikimu atas alasan sendiri. Kau juga pernah bersamanya selamanya, kau juga mengenali dia selama ni...kita mengenali dia dengan cara yang berbeza.

Sungguh...bersamanya bukan membuatkan hati jadi senang, bahagia seperti pasangan lain tapi jauh di sudut hati ini asyik menyimpan curiga. Andai semua ini boleh ....

(bersambung...takde idea)...hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.