Translate

Thursday, 24 February 2011

Permulaan...

Rasanya da lama tak menulis sesuatu di blog aku ni. Aku tak tahu setakat mana blog ni mampu pergi jauh. Walhal rasanya takde benda yang menarik..hanyalah catatan harian sebahagian dari kehidupan.

Seblum ni nama blog aku "Tiee Mahal" aku suka nama ni..tiee adalah sempena nama aku n Mahal plak dalam bahasa tagalog bermaksud sayang. Namun tak bertahan lama mcm tak sesuai plak...arus kehidupan semakin mencabar...tiee mahal hanyalah kenangan semalam...kini nama blog aku bertukar lagi...dengan nama baru.."Firasah Raudha Tiee"
tak tahulah napa asyik nak tukar nama blog ja...Firasah Raudha Tiee adalah cadangan dr diee. Nama mcm lembut ja kan...erm tapi hati aku tak selembut nama blog ni...hehe...dlam fb aku dah delete tiee mahal...tak aktif dah. Cuma kini dengan profile terbaru "Zhai Jun Jun" bersesuaian dengan diri aku. Aku fikir nak tukar nama blog aku "Zhai Jun Jun" hehe...utk kali terakhir, biarlah org mengenali aku dengan nama tu. Ni pun hanya dalam perancangan aku, keizian dari sesiapa dah tak perlu...

Bermula tahun ni aku bertukar kerja, rasanya dah lama sgt aku kerja di sykt percetakan (rahsia namanya) hehe..dah 5 tahun lebih kerja sana tapi tak berbaloi langsung dengan menerima gaji setiap bulan yang tak cukup. Mahalnya hanyalah pgalaman kerja n disiplin yang kuat. 27 nov 2010 aku hantar notis sebulan, bererti 27 december aku last kerja. Sedih gak bg tinggal kengkwn tapi nak berjaya lebih jauh kenalah jalan terus.

28 December 2010 aku terus balik kampung...
lain rasanya bila tak kerja, first memang best tapi best apa bila fikir hujung bulan tak terima duit. Huhuhu....nak beli apa pun kena bajet cukup2, msa kat kg. setiap hari on9 tgok kalo2 ada vacancy graphic designer. Adalh aku htr resume, malam ni htr esok kena telfon dah lusa kena dtg interview awal dr jangkaan ku..

Tak senang tau nak cari kerja, aku hampir2 putus asa tapi kena usaha sampai dapat juga. ...alhmdulillah aku di panggil interview lagi, aku langsung tak berharap boleh dapat memandangkan company ni agak besar tentu byk saingan. Erm..tak sgka bergtu cepat bos besar interview esok cik siti boleh datang kerja dah...Ya Allah, mcm tak percaya plak..alhamdulillah, alhamdulillah...alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.