Monday, 31 December 2012
Tuesday, 18 December 2012
Posisi Tidur Terbaik Ketika Hamil
Assalammualaikum....sejak 2 hari ni..sakit tulang rusuk sebelah kiri semakin menjadi2, tak selesa tido mlm, nak bangun pun sakit sgt... Bila tido posisi sebelah kanan baby asyik nak tendang ja..agaknya dia tak selesa kot...terpaksalah ku gagahi juga tido posisi sebelah kiri untuk memastikan si cayang selesa.
Apa2 pun...semoga tubuh ini semakin sihat untuk menempuhi segalanya..JOM baca info POSISI TIDUR TERBAIK KETIKA HAMIL..
Di awal usia kehamilan, anda berupaya untuk tidur nyenyak. Walau bagaimanapun, apabila kandungan semakin membesar, tidur lena mula terganggu. Ikuti hasil selidikan Pa&Ma tentang posisi tidur terbaik.
Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki.
Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan.
Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan.
Tidur dengan posisi mengiring ke kanan juga baik. Jadi, anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri agar tidur lebih selesa. Bagi yang kekok untuk tidur dalam posisi sebegini, ada baiknya mula membiasakan diri sejak di awal kehamilan lagi. Bagi mendapatkan tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha dan di punggung. Anda juga boleh menggunakan bantal tidur yang disediakan khusus untuk ibu hamil.
Selepas hamil 16 minggu, anda tidak lagi digalakkan untuk tidur secara menelentang. Hal ini disebabkan anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan iinferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejas sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah.
Selain itu, ia turut mempengaruhi tekanan darah. Ada segelintirnya mengalami penurunan tekanan darah hingga menyebabkan masalah pening kepala. Tidak kurang, ada juga yang mengalami peningkatan tekanan darah. Oleh kerana itu, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil, posisi ini sama sekali tidak boleh dipraktikkan.
Bagi yang tiada komplikasi pula, anda masih boleh sekali-sekala tidur terlentang, tetapi jangan terlalu lama. Jika ingin bangun dari tidur secara terlentang pula, dinasihatkan agar tidak melakukannya secara mendadak.
12 Panduan Atasi Masalah Tidur
1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.
1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.
2. Mandi air suam
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.

4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.
5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.

6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.

7. Bantal Yang Menyangga
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.
8. Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.

9. Katil Yang Selesa
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.

10. Rutin Tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.

11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.

12. Suasana Bilik Tidur
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.

dari http://pama.karangkraf.com
Friday, 14 December 2012
Pedih Ulu Hati Semasa Hamil
Inilah yang aku rasa saat ini....huhuh..betul2 tidak selesa oh....
JOM BACA, kenapa n mengapa ..Pedih Ulu Hati Semasa Hamil
Pedih Ulu Hati, juga dikenali sebagai gastroesophageal penyakit refluks (GERD) adalah disebabkan oleh isi kandungan perut yang undur ke belakang sehingga ke dalam esofagus, iaitu salur pemakanan yang membawa makanan dari mulut ke perut anda. Apabila ini berlaku, asid perut memberi iritasi kepada lapisan esofagus menyebabkan anda rasa pedih dan seperti terbakar pada ulu hati. Ia berlaku pada sesetengah daripada wanita hamil dan kerap dikelirukan dengan simtom penyakit jantung.
Punca Terjadi Pedih Ulu Hati
Rembesan hormon Progesteron menyebabkan sistem pencernaan menjadi perlahan dan perut mengambil masa yang lebih lama untuk mengosongkan makanan. Ini untuk memastikan serapan maksima nutrien dan zat makanan ke dalam darah untuk menyokong tumbesaran bayi.
Walau bagaimanapun, perubahan hormon ini juga menyebabkan otot esofagus menjadi longgar dan menyebabkan asid perut naik ke dalam esofagus yang menyebabkan rasa sakit pada ulu hati.
Disebabkan perut yang semakin membesar, perut akan tertolak ke atas dan menjadi mampat. Hasil dari tekanan ini akan memaksa asid perut undur ke belakang dan seterusnya menyebabkan sakit ulu hati.
Gejala tipikal kesan daripada sakit Ulu Hati termasuklah ketidakselesaan, pedih atau rasa panas pada tulang dada. Pesakit juga kerap mengadu rasa senak, rasa masam di tekak, kerap sendawa dan rasa kembung walaupun cuma memakan sedikit makanan.
Simtom ini akan lebih kerap terasa apabila berada dalam kedudukan berbaring dan semasa menundukkan badan.
Pencegahan dan penjagaan diri untuk pedih ulu hati
Pedih ulu hati memang tidak menyenangkan, tetapi anda boleh mengambil langkah-langkah di bawah untuk mengurangkan ia dari terjadi dengan lebih kerap.
- Makan makanan pada kuantiti yang kecil tetapi dengan kadar yang lebih kerap.
- Sediakan dairi pemakanan, pastikan makanan mana yang kerap memberikan masalah dan elak daripada memakannya.
- Menjauhkan diri daripada makanan berlemak, berminyak atau digoreng.
- Kurangkan minuman berkafin seperti kopi, teh dan coklat
- Jangan minum air berkarbonat, makanan yang sangat manis atau berasid seperti buah-buahan sitrus seperti limau.
- Banyakkan minum air terutamanya air putih.
- Duduk dengan postur yang baik dan elak dari membongkok. Bengkok pada lutut bukan pada pinggang.
- Tunggu satu jam atau lebih lama selepas makan sebelum anda berbaring.
- Elakkan makan selama 2-3 jam sebelum anda masuk tidur. Perut yang kosong mengurangkan rembesan asid dalam perut.
- Elakkan dari berbaring rata. Apabila berehat atau tidur, sokong badan anda supaya kepala dan bahu lebih tinggi.
- Jangan merokok dan meminum alkohol.
Rawatan perubatan untuk pedih ulu hati
Jika pedih ulu hati menjadi lebih ketara, doktor anda mungkin akan menyarankan ubat gastrik bagi mengurangkan kepekatan asid dalam perut. Walau bagaimanapun anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar kerana tidak semua ubat gastrik sesuai di ambil semasa hamil. Sebagai contoh, Antasid walaupun ia selamat untuk dimakan tetapi mengandungi kandungan garam yang tinggi dan tidak sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai darah tinggi semasa hamil.
Elakkan sebarang ubat tahan sakit yang mengandungi aspirin dalam dos ysng tinggi dan pastikan doktor anda diberitahu sebarang sejarah perubatan yang lepas seperti penyakit usus, ulcer perut atau pemeriksaan Endoskopi.
Dalam keadaan yang lebih serius, doktor mungkin akan mencadangkan satu prosedur yang dipanggil Endoskopi untuk melihat kemungkinan ada sebarang luka dalam esofagus atau perut anda. Sekiranya simtom menjadi lebih teruk, terdapat rawatan yang lebih berkesan dan selamat semasa hamil.
info : http://portal.alamhamil.com
Salam Jumaat..
Alhamdulillah, Allah memberi kesempatan untuk ku terus hidup hari ni...
dlm seminggu ni rasa letih sgt sbb banyak perkara diluar pengetahuan
kita yang berlaku.
Petang ni hubby baru balik dari papar...ngan mak mentua dan ipar2 aku.
Semoga segalanya dalam keadaan baik...yg dah pergi tetap akan pergi,
itulah ketentuan Allah pada setiap yang bernyawa.
kepenatan masih terasa hingga hari ni....apa lagi aku yang berbadan 2 ..
semoga kandugan ku dilindungi Allah...amin

Thursday, 13 December 2012
Wednesday, 12 December 2012
31 minggu 3 hari..
hari ni macam biasa pergi klinik sebulan 2 kali....memandangkan seblum ini aku kerap makan manis2 nah apa lagi terdapat gula pula bila check kencing tadi. Bengkak di kaki mcm susah nak surut dah..berat badan nasiblah 63.5kg sama mcm minggu2 yg lepas.
hari ni juga nurse dah suruh kira pergerakan baby mula 13 Dec 2012.. (esok)...
semoga segalanya dalam keadaan baik...Semoga Allah melindungi segalanya...amin..
hari ni juga nurse dah suruh kira pergerakan baby mula 13 Dec 2012.. (esok)...
semoga segalanya dalam keadaan baik...Semoga Allah melindungi segalanya...amin..
Tuesday, 11 December 2012
Umur dah makin bertambah...
Alhamdulillah...alhamdulillah....
Allah beri kesempatan untuk sy merasai kebahagian hidup disamping keluarga..
Ucapan tanda ingatan buat hati jadi sayu saja..Hehehe...hubby org pertama.
Terima kasih wahai suami tercinta,...buat mak, bapa, akak, adik2, teman2
yang tak lupa akan diri sy ni...TQ sgt atas ucapan SELAMAT HARI LAHIR
buat sy...

Monday, 10 December 2012
Si Manja makin aktif...
Sayang ummi dah 31 minggu...alahai aktifnya, apa kali dibuat dalam tu..? kekadang buat ummi terkejut, rasa geli pun ada...hehehe...: D semoga anak yang bakal lahir ni mjadi anak yang soleh,...amin..
Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki. Anda mungkin sedar yang bayi anda tidak lagi bergerak sebegitu giat seperti dahulu. Jangan bimbang; dia tidak lagi mempunyai begitu banyak ruang dalam uterus anda. Selagi anda terasa dia menggeliang-geliut, anda tahu dia sihat sejahtera. Jangan tak percaya pula, dia masih perlu membesar lebih banyak lagi. Dia dijangka boleh naik berat badan dua paun / 900 gram lagi sebelum kelahiran. Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan. Read more: http://www.babycenter.com.my/a1044621/perkembangan-fetus---hamil-31-minggu#ixzz2EdEGFlMm |
Selamat Pengantin Baru Buat My Cousin & My Friend..
Maaf sangat2 kerna tidak dapat menghadirikan diri dimajlis perkahwinan korang..
atas sebb yang tidak dapat di elakkan. Apa2 pun ku doakan semoga Allah mempermudahkan jalan korang dan semoga bahagia dunia dan akhirat..amin.
atas sebb yang tidak dapat di elakkan. Apa2 pun ku doakan semoga Allah mempermudahkan jalan korang dan semoga bahagia dunia dan akhirat..amin.
Semoga Allah Merahmatimu dan semoga cepat sembuh..
Dah 2 hari berturut pi hospital Queen 2..melawat uncle hubby yang tengah sakit dan masih belum sedarkan diri....Semoga hari ini uncle punya kekuatan utk sedar...amin...
Saturday, 8 December 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)