Translate

Wednesday, 25 May 2011

Wanita Idaman lelaki

KEIBUAN
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mempunyai ciri-ciri keibuan, lembut mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja.

pRIHATIN DAN MENGHARGAI
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

MENJAGA PENAMPILAN
Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai dirinya.

BIJAK BERBICARA
Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti itu bukan sahaja manjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengambil kesempatan untuk meluahkan pendapat apabila diajak berbual. Mereka juga boleh menjadikan lelaki cair apabila boleh berjenaka dan mengusik.

*** SOLEHAH***
Lelaki juga suka kepada wanita yang solehah dan mampu membawa diri dalam apa juga keadaan serta menjaga tatatertib di khalayak ramai.

Berbahagialah menjadi seorang Muslimah

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.

5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.

8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.




PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!


copy n paste from ( KISAH SEPANJANG ZAMAN)




Jagalah peribadi...

Sukarnya untuk menjaga mata,
menjaga hati, telinga, mulut, tangan, kaki..
semuanya milik kita....
sesungguhnya....
Aku ingin tergolong dalam redha ilahi...
menjaga setiap apa yang Allah anguerahkan pada ku
untuk dijaga sebaiknya....
aku masih dalam proses untuk menjaga....

Sunday, 15 May 2011

Selamat Hari Guru

buat guru2 yang tercinta, terima kasih kerna ilmu yang diberi....segalanya mc segaar di ingatan, indah untuk dikenang....tanpamu entah dimana letaknya masa depan ku. Tunjuk ajar serta bimbinganmu...kesabaranmu ...subahanallah....Hanya Allah yang mengetahui....

Celcom buat aku bad mood

Selepas fikir pasal kerja....aku ada masalah 1 lagi ni. Kenapalah hari ni line celcom enda o.k...mcm mahu hempas ja hp aku ni. Adui nah sebelum ku hempas...baik aku meluah di blog aku ni..nah..nilah beban perasan aku skrg...jap lagi fikir kerja, jap lagi fikir wedding aku..jap lagi fikir bajet, jap lg fikir masa depan.....Ya Allah, engkau maha mengetahui, lagi maha penyayang...berikanlah ketenangan hati ini ya Allah..., kurniakanlah sifat sabar kepada  ku agar aku tidak menurut kata hati ini. Amin

Aduhai Kerja ku....


Bila fikir esok mula kerja lg hati aku jadi sebal...bosan, tertekan di tempat kerja. Entahlah kenapa sejak akhir2 ni semua order yang aku dapat smua mahu urgent. Kerja makin bertambah n smua nak cepat. Tangan cuma 2 ja tapi kerja ...adui....sakit kepala juga ni. Tanggungjwab aku besar da. Bila tu aku salah print lagi ingat mau siapkan kerja seblum bercuti, dah pas kat rakan sekerja tp aku ni niat cuma 1 mahu tolong siapkan cepat alih2 aku tersalah plak gara2 mahu siap cepat.

kot2 dia myatakan otak aku ni asyik fikir benda lain. bukan fokus sama kerja. Adui nah..tiada bah masa ku mau campur aduk hal peribadi n kerja ni. Azam baru di tempat kerja mula esok hari....Erm...mula esok, aku taknak buat kerja cepat...kata org buat lambat asal selamat. Pening kepala ni bila asyik salah ja...Harap2 esok aku takde masalah berat untuk aku selesaikan. Ya Allah permudahkanlah urusan ku di dunia n akhirat. Amin.

Saturday, 14 May 2011

Alam Perkahwinan

Tidak semuanya indah untuk kita fikirkan bila ke arah alam perkahwinan kerna tidak semua yang kita fikirkan itu ada pada perkahwinan yang bakal kita tempuhi. nanti aku ulas ...

Kursus Pra Perkahwinan (14 & 15 Mei 2011)

hari ni penat sgt2...hahah...tapi demi untuk mdpt sijil pra pkhwinan ku gagahi jua. Pencermah tadi Ust Kalana Lias mympaikan tajuk ceramah ttg Aqidah & Ibadah, Manakala Encik Ali Zainal plak mgupas tajuk ceramah Pengurusan Stres & Konflik. Disamping pengurusan kewangan & Masa. Sesi setrusnya di sampaikan oleh Ust Baharudin Hj. Alwi ttg Perkahwinan & Prosedur / Pembubaran Perkahwinan. Sgt2 berguna....: )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.